wHaT thE *neRaka* !?

July 13, 2006

you melayu?.

Filed under: meLayulah — by illusive @ 8:56 am

Apakah ertinya melayu?, adakah ia bangsa? budaya dan adat resam tradisi? bahasa? dan samakah melayu dahulu dengan melayu sekarang?

sebuah artikel dari RSI Melayu. (Radio Singapura Internasional)

Kalau ditanya orang, saya lebih suka membangga diri (dengan cara yang halal lah!) dengan dianggap sebagai “muslim” lebih dari “melayu“. Agama (atau lebih tepat lagi, cara kehidupan) memainkan peranan yang lebih menyeluruh bagi saya dari bangsa, ia ‘tak luput dek hujan tak lekang dek panas’. -hanya sekadar pendapat.


sebuah puisi dipetik dari laman web niknazmi.com,

“Melayu

oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.”

No Comments Yet »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress.com