wHaT thE *neRaka* !?

July 9, 2006

.rindu ayah.

Filed under: history, life — by illusive @ 8:02 pm

aku teringat akan…

kenangan lama, zaman 8o-an.

Selang beberapa hari yang lalu, seorang teman rapat bertanya : “eh, kau pernah naik kuda tak?” Aku dengan selamba dan spontan sambil melempar senyuman separuh ikhlas : “pernah, time kecik-kecik dulu, kat Zoo!”. Ternyata bukan jawapan yang diharapkan temanku, dikala kita di rantauan yang memang antara adat disini menunggang kuda ala-“horseback riding.

Bila dah masuk bilik, teringat pula akan kenangan zaman kanak-kanakku. Waktu di Zoo, bila ditemani ayahku yang tercinta, juga adikku yang kusayangi. Entah apa jenis tunggangan yang kita sama-sama naiki, tapi yang penting, perasaan itu secara perlahan-lahan menyelinap terus di kalbuku…

Masih ingat lagi aku ketika ayahku menyoalku “nak naik ni?” sambil menuding jarinya ke arah binatang yang bakal kunaiki. Aku kurang pasti dan tak berasa ghairah langsung, tapi yang aku ingat, ayah terus mengangkat aku dan serahkan pada tangan penjaga haiwan, yang memang tugasnya melayan karenah orang ramai, lalu dapatku melihat ayahku berdiri melangkah kebelakang, tersenyum memerhatikan aku sambil menungguku.

Perasaan debar bercampur pelik menunggang seekor binatang yang seringkali kita lihat di kaca TV bersama keluarga, berubah menjadi seronok, dan ingat juga aku betapa bangganya aku di atas tungganganku yang tinggi (unta mungkin?) dan berterima kasih pada ayahku (meskipun aku terlalu muda untuk menghargainya) kerana sudi membawaku bersama adikku ke Zoo. Mungkin ekspresi aku tak seiring hatiku setelah selamat di pangkuan ayah, tapi yang pasti, aku tersenyum lebar…

Aku harap ayah pun suka.

No Comments Yet »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

Powered by WordPress.com